Tuesday, December 1, 2009

Terfikirkah anda ?!

Jadual Pendedahan Bahasa inggeris kepada Sumardi sepanjang hari.
Ketika di pra-sekolah lagi, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, Sumardi akan berada disekolah selama lebih kurang tiga jam bermula jam lapan pagi sehingga jam sebelas pagi. Selama tiga jam berada di sekolah dia akan bersama-sama dengan guru-guru dan rakan-rakannya berinteraksi di dalam bahasa melayu sebagai bahasa penghantar selama lebih kurang dua jam. Satu jam pula diperuntukan oleh gurunya mengajar dan berinteraksi dengan Sumardi dan rakan-rakan di dalam bahasa inggeris. selepas tiga jam disekolah Sumardi akan pulang ke rumah dan akan berkomunikasi pula dengan ibubapa,ahli keluarga dan rakan-rakannya didalam bahasa ibunda mereka ataupun bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan dan situasi sebegini akan berterusan sehingga keesokan harinya dan Sumardi akan kesekolah lagi dan memperuntukan masanya selama satu jam sahaja bagi mempelajari bahasa inggeris.
Secara ringkasnya, sepanjang perjalanan hidup Sumardi seharian selama 24 jam, dia akan tidur selama 10 jam dan akan berjaga selama 14 jam. Ini bermakna Sumardi akan berkomunikasi didalam bahasa ibundanya atau bahasa melayu selama 13 jam dan bahasa inggeris pula selama satu jam. Oleh kerana bahasa inggeris tidak begitu di beri keutamaan oleh ibubapa Sumardi maka pembelajaran bahasa inggeris selama satu jam sehari tidak begitu diambil berat oleh sumardi sendiri tambahan pula sepanjang masa beliau berada di luar sekolah, tidak ada peluang langsung baginya mempraktikkan apa yang telah diajar disekolah sepanjang satu jam. Situasi ini akan terus berlaku selama dua tahun Sumardi di pra-sekolah. Anda boleh bayangkan bagaimana pengaruh dan perkembangan pendidikan bahasa inggeris berlaku kepada Sumardi selama 2 tahun tersebut.

Ketika di pra-sekolah pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, seperti juga Sumardi, Heryanto akan berada disekolah selama lebih kurang tiga jam bermula jam lapan pagi sehingga jam sebelas pagi. Selama tiga jam berada di sekolah dia akan bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan berinteraksi di dalam bahasa melayu sebagai bahasa penghantar selama lebih kurang dua jam. 1 jam pula diperuntukan oleh gurunya mengajar Heryanto dan rakan-rakan berbahasa inggeris. selepas tiga jam disekolah, Heryanto akan pulang ke rumah dan akan berkomunikasi pula dengan ibubapa dan ahli keluarga yang lain di dalam bahasa inggeris sepanjang hari. pada setiap petang selama dua jam bermula jam 4 petang sehingga 6 petang dia akan bergaul dengan rakan-rakannya didalam bahasa ibunda mereka ataupun bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ketika bermain dan situasi sebegini akan berterusan sehingga keesokan harinya dan Heryanto akan kesekolah lagi dan memperuntukan masanya selama satu jam bagi mempelajari bahasa inggeris.
Secara ringkasnya, sepanjang perjalanan hidup Heryanto seharian sepanjang 24 jam, dia akan tidur selama 10 jam dan berjaga selama 14 jam sehari. Ini bermakna Heryanto akan berkomunikasi didalam bahasa inggeris selama 9 jam dan masih berbahasa melayu atau bahasa ibunda selama 5 jam bersama ibubapa, saudara mara dan rakan-rakan. Situasi ini akan terus berlaku selama dua tahun Heryanto di pra-sekolah. Anda boleh bayangkan bagaimana pengaruh dan perkembangan pendidikan bahasa inggeris berlaku kepada Heryanto sepanjang 2 tahun tersebut.

No comments:

Post a Comment