Tuesday, December 1, 2009

Terfikirkah anda ?!

Jadual Pendedahan Bahasa inggeris kepada Sumardi sepanjang hari.
Ketika di pra-sekolah lagi, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, Sumardi akan berada disekolah selama lebih kurang tiga jam bermula jam lapan pagi sehingga jam sebelas pagi. Selama tiga jam berada di sekolah dia akan bersama-sama dengan guru-guru dan rakan-rakannya berinteraksi di dalam bahasa melayu sebagai bahasa penghantar selama lebih kurang dua jam. Satu jam pula diperuntukan oleh gurunya mengajar dan berinteraksi dengan Sumardi dan rakan-rakan di dalam bahasa inggeris. selepas tiga jam disekolah Sumardi akan pulang ke rumah dan akan berkomunikasi pula dengan ibubapa,ahli keluarga dan rakan-rakannya didalam bahasa ibunda mereka ataupun bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan dan situasi sebegini akan berterusan sehingga keesokan harinya dan Sumardi akan kesekolah lagi dan memperuntukan masanya selama satu jam sahaja bagi mempelajari bahasa inggeris.
Secara ringkasnya, sepanjang perjalanan hidup Sumardi seharian selama 24 jam, dia akan tidur selama 10 jam dan akan berjaga selama 14 jam. Ini bermakna Sumardi akan berkomunikasi didalam bahasa ibundanya atau bahasa melayu selama 13 jam dan bahasa inggeris pula selama satu jam. Oleh kerana bahasa inggeris tidak begitu di beri keutamaan oleh ibubapa Sumardi maka pembelajaran bahasa inggeris selama satu jam sehari tidak begitu diambil berat oleh sumardi sendiri tambahan pula sepanjang masa beliau berada di luar sekolah, tidak ada peluang langsung baginya mempraktikkan apa yang telah diajar disekolah sepanjang satu jam. Situasi ini akan terus berlaku selama dua tahun Sumardi di pra-sekolah. Anda boleh bayangkan bagaimana pengaruh dan perkembangan pendidikan bahasa inggeris berlaku kepada Sumardi selama 2 tahun tersebut.

Ketika di pra-sekolah pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, seperti juga Sumardi, Heryanto akan berada disekolah selama lebih kurang tiga jam bermula jam lapan pagi sehingga jam sebelas pagi. Selama tiga jam berada di sekolah dia akan bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan berinteraksi di dalam bahasa melayu sebagai bahasa penghantar selama lebih kurang dua jam. 1 jam pula diperuntukan oleh gurunya mengajar Heryanto dan rakan-rakan berbahasa inggeris. selepas tiga jam disekolah, Heryanto akan pulang ke rumah dan akan berkomunikasi pula dengan ibubapa dan ahli keluarga yang lain di dalam bahasa inggeris sepanjang hari. pada setiap petang selama dua jam bermula jam 4 petang sehingga 6 petang dia akan bergaul dengan rakan-rakannya didalam bahasa ibunda mereka ataupun bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ketika bermain dan situasi sebegini akan berterusan sehingga keesokan harinya dan Heryanto akan kesekolah lagi dan memperuntukan masanya selama satu jam bagi mempelajari bahasa inggeris.
Secara ringkasnya, sepanjang perjalanan hidup Heryanto seharian sepanjang 24 jam, dia akan tidur selama 10 jam dan berjaga selama 14 jam sehari. Ini bermakna Heryanto akan berkomunikasi didalam bahasa inggeris selama 9 jam dan masih berbahasa melayu atau bahasa ibunda selama 5 jam bersama ibubapa, saudara mara dan rakan-rakan. Situasi ini akan terus berlaku selama dua tahun Heryanto di pra-sekolah. Anda boleh bayangkan bagaimana pengaruh dan perkembangan pendidikan bahasa inggeris berlaku kepada Heryanto sepanjang 2 tahun tersebut.

Thursday, November 26, 2009

Sila Ambil Perhatian !

Salam Ceria,

Tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa kaedah paling murah dan mudah tetapi berkesan didalam menjadikan anak-anak mampu 'bermula dan membiasakan diri' bertutur bahasa inggeris. sebagai contoh SIARAN TV BERBAYAR anda. membayar sehingga hampir ke angka tiga tetapi hanya hiburan dan berita meninggalkan kesan kepada anda dan anak-anak anda. tetapi sekiranya anda mampu mengexpolitasikannya, anak-anak anda akan mendapat keuntungan paling bernilai didalam diri mereka. bukan anak-anak sahaja, anda juga menerima tempiasnya. selain itu banyak lagi sumber-sumber yang sudah tersedia atau anda sendiri yang telah menyediakanya, tetapi anda tidak sedar akan kelebihan-kelebihan 'tersembunyi' tersebut.


hubungilah kami untuk mengetahui selanjutnya tentang kaedah berguna ini. semuanya hanyalah percuma kerana kami diGevianGenius hanya ingin membantu anda.

Tetapi harus diingat, oleh kerana ianya hanya percuma, kami hanya ingin membantu para ibubapa yang hanya berpendapatan kurang atau sederhana sahaja dan ingin melihat anak-anak mampu menguasai bahasa inggeris sehingga mampu bersaing di dunia global yang serba mencabar ini. kami di GevianGenius juga beranggapan bahawa bantuan yang kami berikan ini bukanlah kerja amal. kami hanya membantu setakat yang termampu dan anda adalah 'guru'nya. Berjaya atau tidak andalah yang menentukannya. Laughing

ada satu syarat lagi, bagi mereka yang berminat untuk tujuan 'komersil', adalah tidak dilayan sama sekali.

sekian, jumpa lagi.



GevianGenius.

Monday, August 10, 2009

Salam Sejahtera

Blog ini dibuat bagi membantu para ibubapa yg kurang berkemampuan dari segi kewangan tetapi bersungguh-sungguh mahu melihat anak-anak mampu berbahasa inggeris dengan baik. Kami di geviangenius memahami bahawa pada masa kini, wang memainkan peranan paling besar didalam menentukan tarap pendidikan untuk si anak. mahu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen sudah tentu memerlukan wang yang banyak. para ibubapa harus juga memikirkan tentang kos-kos lain seperti tambang bas ataupun minyak petrol kenderaan. semuanya bergantung kepada sumber kewangan anda bukan.
Jangan risau. dengan berbekalkan kos yg murah, kami masih mampu membantu anda.
salam ceria. Sekian.

Thursday, August 6, 2009

Mengapa kaedah-kaedah yang bakal anda ketahui ini dianggap mudah, murah dan berkesan ?

Mudah ?
Ya, memang mudah. Anda tidak perlu membahagikan masa menghadiri kelas tuisyen bahasa inggeris, mengambil pembantu rumah yang pandai bertutur bahasa inggeris, menghantar anak ke mana-mana tempat bagi belajar menguasai bahasa inggeris atau pun memaksa anak belajar menguasai bahasa inggeris. Semuanya bermula dari rumah anda dan anda sendiri akan melakukannya.

Murah ?
Ya,sudah tentu murah. Anda tidak perlu lagi membayar yuran kelas tuisyen tambahan, membayar upah untuk pembantu rumah yang pandai bertutur bahasa inggeris atau menghantar anak ke mana-mana tempat bagi belajar menguasai bahasa inggeris. Kos minyak petrol dan kos penyelengaraan untuk kenderaan anda ataupun kos tambang pengangkutan awam juga tentu dapat dikurangkan. Semuanya hanya bermula dari rumah.

Berkesan ?

sudah pasti !

Mungkinlah ada unsur-unsur paksaan dan tekanan berlebihan kepada anak-anak ?
Tidak ada unsur-unsur paksaan atau tekanan yang berlebihan didalam mendidik anak yang diterapkan didalam kaedah-kaedah yang disarankan ini melainkan unsur-unsur pembelajaran secara semulajadi adalah sangat-sangat dititikberatkan.
Walaubagaimanapun, kaedah-kaedah ini memerlukan para ibubapa supaya berani berkomunikasi dengan anak-anak di dalam berbahasa inggeris walaupun mungkin banyak kesalahan pada awal proses pembelajaran.

Bimbang anak-anak tidak mahir bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing ?
Harus diingatkan disini bahawa kaedah yang kami ingin sampaikan kepada anda bukanlah cuba untuk menghilangkan sama sekali bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara, tetapi lebih kepada mengajar anak supaya mampu menguasai bahasa inggeris dan didalam masa yang sama anak-anak juga boleh menguasai bahasa-bahasa ibunda masing-masing. Bagaimana ianya boleh berlaku? Jangan berhenti disini sahaja. Anda akan tahu jawapannya nanti.

mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut ? e-melkan kepada kami pertanyaan-pertanyaan anda ke geviangenius@gmail.com sekarang juga !
Laporan berita oleh akhbar berita harian online bertarikh 9hb Mei 2009

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini. Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. "Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.
" isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Laporan berita oleh akhbar berita harian online bertarikh 8hb Mei 2009

Tun M setuju syor bahasa Inggeris wajib lulus dalam SPM
CYBERJAYA
: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Katanya, cadangan itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi. "Sebenarnya keputusan sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada ibu bapa dan bukannya kerajaan kerana ia membabitkan masa depan anak-anak mereka. "Lagipun dengan menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris ia memudahkan mereka untuk menyambung pelajaran di luar negara dan memperolehi pekerjaan yang baik," katanya kepada media selepas menerima anugerah Doktor Kehormat Kemanusiaan daripada Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT) di sini, hari ini. Mengenai kemungkinan kerajaan tidak melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Dr Mahathir berkata: "Saya berasa amat sedih (jika PPSMI tidak dilaksanakan) kerana ia menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjadi `bodoh' pada masa akan datang," katanya.

p/s bagaimanakah nasib anak-anak kita yang tidak mahir didalam bahasa inggeris seandainya cadangan ini menjadi nyata suatu masa nanti ? wahai para ibubapa, fikir-fikirkanlah..

Wednesday, August 5, 2009

Percaya atau tidak, ianya sungguh mudah, Murah dan Berkesan !

geviangenius@gmail.com

SALAM PERKENALAN
Saudara dan saudari serta ibu bapa yang dihormati dan dikasihi. Salam perkenalan daripada kami di GevianGenius. Luangkan masa anda seketika demi anak-anak tersayang.
Ramai ibu bapa yang tidak mahir atau tidak mampu berbahasa inggeris tetapi sangat-sangat mendambakan mempunyai anak yang boleh bertutur dalam bahasa antarabangsa iaitu bahasa inggeris dengan baik atau lebih daripada itu. Pun begitu, ramai juga ibubapa yang tidak mengambil peduli walaupun sedar betapa pentingnya bagi anak-anak menguasai bahasa tersebut. Sudah diketahui umum bahasa inggeris sangat penting didalam kebanyakan aspek perhubungan seperti pendidikan, perniagaan dan perhubungan dengan dunia luar. Lihat saja dimana-mana. Bahasa inggeris sangat diutamakan didalam urusan seharian. Penggunaan IT, komputer, arahan pengendalian sesuatu peralatan atau mesin atau yang lebih mendalam lagi dari segi perundangan, bahasa inggeris tetap diutamakan. Tentunya menjadi kebimbangan ibubapa kalau suatu hari nanti anak–anak kita akan ketinggalan jauh ke belakang hanya disebabkan tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik. Adakah anak-anak yang perlu dipersalahkan kerana tidak mampu menguasai bahasa inggeris sedangkan kita sendiri sudah lebih awal sedar akan keperluan ini.
Bukanlah mahu membelakangkan bahasa rasmi negara iaitu bahasa melayu ataupun bahasa ibunda kita masing-masing, anda harus melihat ini sebagai satu keperluan yang mesti ada pada anak-anak kita supaya mampu bersaing dengan keadaan di persekitaran mereka dan di dunia luar kelak.
Adalah diyakini, ramai di kalangan lepasan siswazah kita yang gagal mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka disebabkan kelemahan mereka didalam menguasai bahasa inggeris terutama sekali ketika menghadiri sessi temuduga yang mana memerlukan mereka menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Sedangkan ramai diantara mereka ini mempunyai kelulusan yang cemerlang didalam semua bidang yang mereka ambil semasa masih di universiti dahulu termasuklah mata pelajaran bahasa inggeris sendiri. Kenapa masih gagal juga sedangkan mereka adalah golongan yang sangat terpelajar. Jawapannya mudah sahaja. Mahir didalam menulis dan memahami sahaja tidak cukup sekiranya mereka gagal berkomunikasi dengan baik.
Saudara dan saudari serta ibu bapa yang dihormati dan di kasihi,
Jangan berhenti disini sahaja. Kongsikan sedikit masa anda bersama kami di GevianGenius sehingga ke penghujung kerana anda harus mengambil tahu kesemuanya demi anak-anak tercinta. Jangan ambil mudah atau lepas tangan kerana setiap masa yang terlepas tidak boleh diulang lagi. Kegagalan anak-anak didalam mencapai impian mereka suatu masa kelak sebenarnya adalah kegagalan kita juga yang tidak menitik berat akan keperluan mereka sejak dari awal proses pembelajaran seawal usia muda mereka. Hubungi kami segera di geviangenius@gmail.com.

untuk anak-anak anda